Turun Anwar… Himpunan Tanpa Arah, Hasil Kosong
Seminggu sudah TURUN ANWAR berlalu. Beberapa kesimpulan boleh dibuat terhadap perhimpunan berkenaan.
1. PMX, DSAI masih lagi memimpin negara. “Lautan manusia” yang digambarkan turun pada hari berkenaan tidak meninggalkan kesan kepada kepimpinan beliau. Seperti dijangka, seberapa ramai pun yang hadir tidak akan memberi kesan kepada kedudukan DSAI kerana itu bukanlah ruang sebenar untuk menjatuhkan beliau. Ia hanya sekadar lakonan politik pihak PN dan sekutu bagi memberikan keyakinan kepada penyokong, mereka masih ADA dalam politik negara ini.
2. Kebetulan sekarang ini sidang Parlimen sedang berlangsung. Ruang inilah sepatutnya digunakan untuk menjatuhkan PMX dan kabinet beliau melalui undi tidak percaya. Malangnya, hasrat “lautan manusia” untuk melihat Anwar turun tidak kesampaian kerana pemimpin-pemimpin yang mereka harapkan untuk berbuat demikian, langsung tidak mengambil kesempatan tersebut. Kenapa? Bimbang tidak berjaya? Buatlah dulu. Sekurang-kurangnya tunjuk kepada “lautan manusia” itu yang usaha telah dibuat. Tidak guna berceramah berapi-rapi tapi ternyata kosong belaka.
3. Kepimpinan PN sendiri tidak jelas dengan objektif perhimpunan berkenaan. Keesokan harinya, pemimpin PN menyatakan himpunan berkenaan berjaya. Perhimpunan itu kononnya telah membuatkan titah addendum akan dilaksanakan, keadilan untuk DSNR akan ditegakkan, aka nada durian runtuh untuk rakyat, perhimpunan ini akan menyedarkan kerajaan Madani untuk berubah. Berdasarkan “tajuk” perhimpunan berkenaan, TURUN ANWAR, sudah nyata yang tujuan perhimpunan berkenaan hanya satu. Ianya tak perlu dijelaskan lagi. “Kejayaan” yang dirayakan itu bukan objektif perhimpunan berkenaan. Kenapa ada yang membuat ulasan melencong. Mahu “spin” atas kegagalan?
4. Shafuan / Afnan tidak disangka-sangka berjaya merampas kuasa kedudukan Menteri Besar Trengganu. Jawapan daripada soalan “siapa yang bakal mengganti DSAI jika perhimpunan berkenaan berjaya menjatuhkannya?” Selain itu ada juga yang menjawab, DSNR dan KJ. Ini gambaran yang sebahagian yang hadir itu tidak tahu apa-apa tentang sistem politik Malaysia dan bagaimana seseorang itu boleh dilantik sebagai PM? Teringat, seorang pemimpin utama PAS pernah berkata, “dalam PAS pun ada orang bodoh dan bukan cerdik belaka”. Jadi, tak perlulah dikatakan apa-apa lagi.
5. Kata Mursyidul am PAS pula, parti itu mempunyai ramai calon PM. “Beri kuasa dulu, parti itu mempunyai ramai pemimpin” Persoalannya, untuk membolehkan PAS/PN diangkat menjadi PM, mereka perlu mendapat sokongan majoriti di dalam Parlimen. Bagaimana untuk memperoleh sokongan tersebut ketika ini? Caranya adalah dengan tebuk atap. Siapa yang PAS/PN harapkan untuk mencukupkan “jumeloh”?
Adakah perbuatan tebuk atap ini baik untuk kestabilan politik negara kita? Atau, pihak PAS/PN ini tidak ambil kisah tentang kestabilan politik negara kerana mereka lebih mementingkan kuasa? Antara yang ramai itu pula siapa yang paling ke hadapan? Adakah MB Trengganu? Apakah penanda aras yang menyatakan beliau sangat layak untuk memimpin negara, sedangkan kepimpinannya di Trengganu pun tidak ada yang hebatnya.
Rumusan yang boleh dibuat terhadap perhimpunan berkenaan, KOSONG.
Hj Ruzaini Rais
Ketua UMNO Bahagian Padang Besar