Mohd Isam Bangkit Isu Ketelusan JPJeBid, Dapatkan Penjelasan Dalam Parlimen
KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isa hari ini bertanya berkenaan berkenaan sistem JPJeBid yang sering dibangkitkan orang ramai, terutamanya melibatkan masalah teknikal platform tersebut.
Beliau juga memaklumkan ini kerana ia menimbulkan persepsi negatif terhadap ketelusan sistem tersebut.
“Berhubung platform dalam talian yang digunakan untuk bida nombor plat kenderaan iaitu JPJeBid, kita sering mendengar keluhan orang ramai mengenai masalah teknikal dan ketidakstabilan sistem.
“Masalah ini menyebabkan orang ramai mempunyai tanggapan buruk mengenai sistem tersebut. persoalan saya apakah usaha kementerian untuk memastikan sistem tersebut dapat beroperasi mengikut kehendak pengguna agar tidak timbul isu ketelusan serta manipulasi sistem.
“Adakah kementerian berhasrat untuk mengekang aktiviti atau sindiket jual semula nombor plat dengan harga yang jauh lebih tinggi supaya dapat memberi keadilan kepada orang awam,” katanya.
Mohd Isam bertanya demikian kepada Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, ketika Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Menjawab persoalan tersebut, Hasbi berkata membabtikan JPJeBid, masalah tersebut telah dikenal pasti dan dapat diatasi.
“Berkenaan e-bidding ini sebenarnya memang kita akui pada awalnya banyak masalah, seperti log in kemudian kena potong pada saat akhir.
“Alhamdulillah sekarang ini masalah itu sudah dapat diatur sebab perkara ini berkaitan bank juga.
“Tetapi masalah itu yang sebelum ini potong pada saat akhir yang banyak menimbulkan masalah hingga orang tak puas hati. Saya sudah berbincang dengan JPJ bahawa perkara itu sudah tiada lagi masalah, dapat diatasi,” ujar beliau. – UMNO Online