Berkenan Berangkat Ke Rusia

SUBANG, 4 Ogos — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Rusia bagi memulakan lawatan negara bermula esok hingga 10 Ogos.
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, pada kira-kira 8.55 pagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Sultan Ibrahim.
Turut hadir mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda ialah Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Hasan.