Merasmikan Padang Stadium Darul Makmur

KUANTAN 3 Ogos–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Padang Stadium Darul Makmur yang kini sudah diiktiraf oleh FIFA sebagai padang rumput semula jadi pertama di Malaysia yang menerima pensijilan rasmi mereka.
Naik taraf padang ini kita mula buat sejak September 2024, dengan kos keseluruhan RM1.6 juta iaitu RM1.1 juta daripada Kerajaan Negeri dan selebihnya daripada Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Belia dan Sukan.