Majlis Perasmian Mega Karnival 3 Dimensi 2025

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (lima, kiri) menyampaikan anugerah kecemerlangan rancangan FELDA 2025 kepada FELDA Bukit Easter pada Majlis Perasmian Mega Karnival 3 Dimensi 2025 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.
Turut sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri) dan Pengerusi FELDA Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (empat, kiri).

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Mega Karnival 3 Dimensi 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) hari ini.

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat, kiri) melawat reruai pameran industri kecil dan sederhana selepas Majlis Perasmian Mega Karnival 3 Dimensi 2025 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.
Turut sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri) dan Pengerusi FELDA Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (dua, kiri)

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) bergambar bersama tetamu yang hadir selepas Majlis Perasmian Mega Karnival 3 Dimensi 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.
Turut sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) dan Pengerusi FELDA Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri).

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri pada Majlis Perasmian Mega Karnival 3 Dimensi 2025 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre
(MITEC) hari ini.