Kunjungan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia Pertubuhan Kerjasama Islam

KUALA LUMPUR 31 Julai–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia Pertubuhan Kerjasama Islam (IPHRC) Professor Emeritus Dato’ Dr. Aishah Bidin di Parlimen hari ini.
Beliau merupakan calon Malaysia yang telah berjaya dipilih sebagai Ahli Suruhanjaya IPHRC bagi penggal 2025-2028 pada Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri (CFM) ke-51 di Istanbul, Republik Turkiye Jun lalu.