Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Negeri Melaka

MELAKA 25 Julai–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melancarkan Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Negeri Melaka yang merupakan satu dokumen amat penting dalam memberikan gambaran sebenar tentang kekuatan dan cabaran sektor pertanian kita.
Yang hadir sama, YB Dato’ Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Ahli – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia; dan Encik Azmi Ali, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Melaka.