Menyerahkan Kunci Rumah Perakku

SETIAWAN 24 Julai–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyerahkan kunci kepada para pembeli Rumah Perakku di Taman Perakku, Batu 14, Lekir melibatkan 60 unit rumah teres setingkat kos rendah berharga serendah RM85,000, jauh lebih rendah dari harga pasaran di sini hari ini.
Projek ini dibina hasil kerjasama LPHP dan pemaju di atas tanah seluas 4.23 ekar serta disokong oleh dana Kerajaan Negeri termasuk subsidi infrastruktur berjumlah RM3 juta.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79