Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Malaysia Di Wellington

WELLINGTON, 17 Julai — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpeluang bertemu mata dan bertukar cerita bersama sebahagian warga Malaysia yang kini menetap, bekerja dan menimba ilmu di bumi New Zealand pada Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Malaysia di Wellington sempena lawatan kerja beliau hari ini.