Bertemu Dengan Menteri Luar Negeri New Zealand

WELLINGTON, 16 Julai — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dan makan tengah hari bersama Menteri Luar Negeri New Zealand, The Rt Hon. Winston Peters, di Bangunan Parlimen New Zealand hari ini.
Dalam pertemuan ini, saya menggariskan keyakinan Malaysia terhadap hubungan dua hala Malaysia-New Zealand yang bukan sahaja berakar daripada sejarah diplomatik yang kukuh, tetapi turut dipacu oleh visi masa depan yang saling menguntungkan.