‘Ada Masa Terluang Sahaja Terus Ziarah Kasih’ – Dira
KUALA LUMPUR, 16 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar terus menyantuni masyarakat setempat melalui ziarah kasih yang dilakukan beliau.
Terbaharu Khaidhirah yang lebih dikenali sebagai Dira berbesar hati ke Seri Kesang dan Taman Seri Kemendor bagi mengunjungi penduduk setempat.
Peluang tersebut dimanfaatkan beliau bagi bertanya khabar kepada mereka khususnya yang berhadapan ujian kesihatan.
“Ada sahaja masa terluang sikit dalam jadual, memang takkan lepaskan peluang untuk menyantuni kesayangan saya di DUN Rim .
“Hari ini sempat ziarah kasih di Seri Kesang dan Taman Seri Kemendor,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Dira dalam pada itu turut sama menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan mereka diberikan kesihatan yang baik.
“Semoga yang kurang sihat diberi kesembuhan, ketenangan dan kekuatan berpanjangan.
“Terima kasih atas senyuman mesra dan sambutan penuh kasih sayang,” ujar beliau. – UMNO Online