Pemuda UMNO Gesa Titah Adendum Dilaksana, Tolak Pertikaian
KUALA LUMPUR, 14 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan pengakuan oleh Peguam Negara berhubung kewujudan Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai sesuatu yang amat mengejutkan, lebih-lebih lagi selepas pelbagai polemik dan penafian yang timbul sebelum ini.
Ketuanya, Dr. Akmal Saleh berkata, Pemuda UMNO menyambut baik pengakuan tersebut dan menegaskan bahawa titah berkenaan wajar segera dilaksanakan tanpa sebarang alasan mahupun dolak-dalik.
“Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, keengganan untuk melaksanakan titah tersebut adalah satu gambaran kepada penderhakaan serta penghinaan terhadap institusi Raja yang menjadi tonggak Perlembagaan negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Pemuda UMNO turut menolak kenyataan Ahli Parlimen Kepong, YB Lim Lip Eng, yang mempertikaikan cadangan agar Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani hukuman penjara secara tahanan di rumah.
“YB Lim perlu faham bahawa ini bukan sekadar cadangan UMNO, sebaliknya ia berpaksikan kepada Titah Adendum yang telah diperakui sendiri oleh pihak Peguam Negara di mahkamah.
“Ia dibuat mengikut saluran perundangan dan Perlembagaan negara, bukan atas kehendak politik atau sewenang-wenangnya,” ujar beliau lagi.
Dr. Akmal turut mempersoalkan tindakan YB Lim yang dilihat seolah-olah menyanggah titah diraja.
“Dengan menyanggah titah ini, adakah YB Lim Lip Eng meletakkan dirinya lebih tinggi daripada institusi Raja dan Perlembagaan negara?” tegasnya.
Menurut Dr. Akmal, Pemuda UMNO akan terus mempertahankan institusi Raja sebagai payung kedaulatan negara dan mendesak agar segala titah diraja – UMNO Online