Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor 2025

JOHOR BAHRU 11 Julai–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi meraikan barisan wira kesihatan Johor dalam Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru. Majlis ini merupakan simbol penghargaan Kerajaan Negeri kepada lebih 8,000 jururawat di seluruh Johor yang saban hari menjadi tulang belakang sistem penjagaan kesihatan rakyat. Tema sambutan tahun ini, ‘Our Nurses, Our Future: Caring for Nurses, Strengthen Economies’ amat bertepatan dengan peranan penting jururawat dalam membina daya tahan sistem kesihatan dan menyumbang secara langsung kepada kemakmuran ekonomi negeri.