Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Ketua Wanita UMNO Kuala Langat


KUALA LUMPUR, 11 Julai – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Rozana Kamarulzaman, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat yang telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 1.47 pagi tadi.

Menurut beliau, pemergian Allahyarhamah yang lebih dikenali sebagai Ojane merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat perjuangan, malah kepada seluruh warga UMNO khususnya di peringkat akar umbi Kuala Langat.

“Saya mendoakan agar seluruh keluarga yang ditinggalkan terus diberi kekuatan, ketabahan dan reda menghadapi kehilangan yang amat dirasai ini,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan insan yang solehah dan dikurniakan syurga sebagai balasan atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang hayat. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79