Pertemuan Bersama Delegasi Kementerian Ekonomi

PUTRAJAYA 9 Julai–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan bersama delegasi Kementerian Ekonomi yang diketuai oleh Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Pertemuan ini bertujuan memperhalusi fasa akhir perancangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), khususnya bagi memastikan agenda pembangunan desa terus diberikan perhatian dan peruntukan yang sewajarnya.
RMK13 yang bakal dibentangkan kelak akan menjadi pemangkin utama pembangunan negara dan ia pastinya merangkumi keperluan semua lapisan rakyat, termasuk komuniti desa, agenda TVET, industri halal dan pengurusan bencana yang menjadi antara tunjang kekuatan dan kemakmuran negara.