Kunjungan Hormat Duta Besar Qatar ke Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Julai–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Duta Besar Qatar ke Malaysia, TYT Salah bin Mohammed Al Sorour di Wisma Pertahanan, hari ini.
Pelbagai perkara telah disentuh dalam kunjungan tersebut, termasuklah berkenaan pengukuhan kerjasama antara dua negara dalam industri pertahanan.