Pertemuan Bersama Perdana Menteri Republik Perancis

PERANCIS 5 Julai — Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Haji Hasan mengiringi Perdana Menteri Malaysia bertemu dengan TYT François Bayrou, Perdana Menteri Republik Perancis.
Pertemuan ini mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Perancis, khususnya dalam memperkukuh kerjasama strategik yang merangkumi sektor bernilai tinggi seperti aeroangkasa, semikonduktor, automotif, pertahanan, tenaga bersih, pendidikan dan latihan TVET.