Semangat Maal Hijrah Menyatukan Masyarakat Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR 3 Julai — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika berucap ketika menghadiri program Maal Hijrah malam tadi yang turut diadakan Majlis Penganugerahan Tokoh Maal Hijrah kepada Tuan Haji Abdul Karim Mat Asil, atas jasa dan sumbangan beliau yang luar biasa. Semoga semangat Maal Hijrah ini terus menyatukan kita dalam usaha membina masyarakat yang lebih berakhlak, progresif dan bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR 2 Julai–Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga AHli Parlimen Titiwangsa menyampaikan anugerah kepada Tuan Haji Abdul Karim Mat Asil sebagai Tokoh Maal Hijrah atas sumbangan luar biasa beliau — 41 tahun sebagai Pengerusi Surau Sri Perlis dan 13 tahun di Masjid Al-Akram, Kg. Datuk Keramat. Turut hadir, Pengerusi Masjid Al-Akram, Mejar Jeneral (B) Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj. Ridzuan dan Imam Hj. Mohd Nor Ahmad.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79