Menerima Kunjungan Pengerusi Xinyi Glass Holding Ltd

MELAKA 3 Julai–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerima kunjungan hormat Pengerusi Xinyi Glass Holding Ltd, Tan Sri Gerry Tung Ching Sai bersama delegasi beliau di Seri Negeri hari ini.
Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Wira Salhah Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif MCORP Datuk Mohd Yusof Abu Bakar, Pengarah MIDA Melaka Jaibalan Harirajan dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Datuk Ginie Lim Siew Lin.