Agenda Pembangunan Desa Malaysia Harus Jadi Contoh ASEAN – Ahmad Zahid
PUTRAJAYA, 1 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan hasrat agar agenda pembangunan desa di Malaysia dapat dijadikan contoh kepada negara-negara serantau ASEAN.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kementeriannya akan terus mengangkat agenda tersebut ke peringkat serantau apabila sekali lagi menjadi tuan rumah ASEAN Multi- Stakeholder Dialogue on the ASEAN Master Plan on Rural Development, yang dijadual berlangsung Oktober ini.
Selain itu, Malaysia turut menganjurkan ASEAN+3 Forum on Women and Digitalisation.
“Jadikan platform ini sebagai medan untuk mengetengahkan amalan terbaik kita serta menjadikan agenda pembangunan desa Malaysia sebagai aspirasi dan rujukan serantau. Malaysia harus menjadi contoh kepada seluruh rantau ini,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata pada tahun ini KKDW diberi amanah besar untuk merencana pembangunan masyarakat desa dengan peruntukan hampir RM12 bilion, dan sehingga kini, sebanyak RM3.37 bilion telah dibelanjakan.
Beliau berkata inisiatif Desa Kirana yang dilancarkan baru-baru ini merupakan pemangkin baharu atau game changer menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Menurutnya, program itu berupaya membawa arus pelancongan ke kawasan desa, sekali gus memperkukuh ekonomi komuniti setempat menerusi pemerkasaan warisan budaya, keindahan alam semula jadi, gastronomi tempatan, hasil kraftangan dan pelbagai aktiviti desa.
“Saya mahu melihat satu hari nanti ceruk desa kita, dari Arau ke Kudat, dari pedalaman Sabah ke pesisir Sarawak, menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia. Seperti Lauterbrunnen di Switzerland, Hobbiton di New Zealand, Shirakawa-go di Jepun dan Ubud di Bali, Indonesia – tempat-tempat yang pernah sunyi tetapi kini gah di peta pelancongan global,” katanya.
Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa KKDW akan menganjurkan Karnival Mega 3 Dimensi, yang menghimpunkan tiga acara besar secara serentak iaitu Karnival Usahawan Desa, Hari Peneroka FELDA dan Satu Daerah Satu Industri (SDSI).
“Ini adalah satu lagi anjakan besar, usaha strategik untuk mengongkat usahawan desa dan memperkukuh ekosistem keusahawanan luar bandar ke peringkat nasional dan global” katanya.
Beliau turut menyeru semua pihak yang terlibat agar memberi tumpuan penuh terhadap usaha tersebut bukan sekadar menjayakan program tetapi mengangkatnya menjadi satu gelombang baharu yang memperkukuh pelaksanaan program utama KKDW.
Dalam pada itu, beliau meminta Ketua Setiausaha KXDW, Datuk Muhd Khair Rozman Mohamed Annuar untuk meneliti semula sistem latihan sedia ada supaya warga KKDW dilengkapi kemahiran teknologi semasa termasuk kecerdasan buatan (AI) dan sistem digital terkini.
“Apabila kita mula menguasal teknologi saya yakin KKDW akan melonjak lebih jauh ke hadapan dan membawa seluruh desa bersama. Perubahan dan kemajuan desa tidak bermula di luar sana, ia bermula di KKDW,” katanya.
Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerja keras warga KKDW sepanjang 940 hari beliau menerajui kementerian itu.
Menurutnya, tempoh tersebut telah membuktikan bahawa segala usaha KKDW bukan sahaja memberi Impok besar kepada pembangunan negara, malah turut diterjemahkan dalam bentuk sokongan rakyat.
“Semoga 940 hari yang mendatang menyaksikan KKDW bukan sahaja diktiraf kerajaan, tetapi juga dihargai rakyat dan para pemegang taruh yang membolos joso KKDW melalui sokongan di peti undi, tanpo kito perlu menguar-uarkan segala usaha yang telah dilakukan. Cukuplah mereka merasal dan menghargainya.” katanya. – BERNAMA