Penutupan Sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Negeri Johor

PENGERANG 30 Jun–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berpeluang bersama warga peneroka di Majlis Penutupan Sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Negeri Johor di Felda Tunggal, Bandar Penawar hari ini.
Johor memiliki 73 rancangan FELDA dengan lebih 27,000 peneroka. Dan FELDA sentiasa menjadi anak emas Kerajaan Negeri Johor. Sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi simbol pengiktirafan atas sumbangan besar warga peneroka dalam memajukan tanah rancangan dan memperkukuh semangat muafakat yang menjadi tunjang kekuatan FELDA. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) merangkap Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said.