Meninjau Kemajuan Projek Pembinaan Laluan Rel Pantai Timur

KUANTAN 25 Jun–Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang meninjau kemajuan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Stesen KotaSAS hari ini. Projek mega ini yang diilhamkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri merupakan pemangkin kepada transformasi sistem pengangkutan awam negara menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan Lembah Klang melalui satu jaringan rel moden dan efisien.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79