Kunjungan Hormat

PUTRAJAYA 24 Jun–Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Mohd Jafni Md Shukor mengadakan kunjung hormat rasmi kepada Ketua Pengarah Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Datuk Akbar bin Haji Samon, yang juga merangkap Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. Kunjungan ini adalah langkah penting bagi memperkukuh integrasi Sistem Aduan Johor dengan sistem aduan kerajaan pusat agar lebih bersepadu, cekap dan responsif kepada aduan rakyat.