Mengadakan Pertemuan Dengan Syarikat Possehl Electronic

MUNICH 19 Jun–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama delegasi Kerajaan Negeri Melaka berpeluang duduk semeja bersama barisan kepimpinan Possehl Electronics, syarikat peneraju teknologi automotif dan semikonduktor dunia yang sudah pun bertapak di Melaka.
Pertemuan ini berlangsung di Pejabat MIDA Munich bagi mengalu-alukan hasrat syarikat ini membuka lembaran baharu kerjasama strategik untuk mengembangkan operasinya di Melaka menjelang 2026, sama ada di FTZ Batu Berendam atau di German Technology Park yang bakal dibangunkan.