Kunjungan Hormat Persaraan

KUALA LUMPUR 19 Jun–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat persaraan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan yang akan menamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi.
Lebih dikenali dengan call sign “GUNJIZ” yang baru-baru ini mempamerkan kehebatan mengendalikan pesawat Su-30MKM ‘Toruk Makto’ di LIMA‘25, beliau adalah Panglima Tentera Udara ke-20 mulai 7 Mac 2022 dan akan menyerahkan tugas kepada penggantinya pada 26 Jun selepas mencapai umur persaraan wajib.