Kunjungan Hormat Ketua Polis Negara

PUTRAJAYA 19 Jun–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menjelang persaraannya yang dijadualkan pada 22 Jun ini di sini hari ini.
Dengan pengalaman lebih empat dekad dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk menerajui institusi keselamatan negara sebagai Ketua Polis Negara sejak Jun 2023, Tan Sri Razarudin telah meninggalkan legasi besar dalam memastikan kestabilan dan ketenteraman awam terus terpelihara.