Pelancaran Dana Hubungan Industri (ILF) 2.0

KUALA LUMPUR 17 Jun–Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani merasmikan pelancaran Dana Hubungan Industri (ILF) 2.0 serta penambahbaikan Dana Automasi dan Teknologi Hijau (FAGT). Inisiatif ini merupakan langkah tepat ke arah merapatkan jurang antara penyelidikan dan pengkomersialan serta memperkukuh daya saing industri getah negara.