Melawat Hospital Sultanah Aminah

JOHOR BAHRU 18 Jun–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama YB Ling Tian Soon, EXCO Kesihatan telah turun padang melawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi meninjau pelaksanaan pelbagai inisiatif penambahbaikan yang sedang giat dilaksanakan demi keselesaan dan kesejahteraan Bangsa Johor.
Antara fokus utama lawatan ini ialah pengoperasian Klinik Wakaf An-Nur, yang kini dibuka lima hari seminggu untuk kes bukan kritikal. Klinik ini bukan sahaja menawarkan alternatif kepada pesakit, tetapi turut membantu mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan terutamanya ketika waktu puncak. Saya telah mengarahkan supaya bilangan doktor ditambah bagi memperluas kapasiti rawatan dan mempercepatkan tempoh menunggu pesakit.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79