Bergerak Sebagai Keluarga Besar UMNO, Bawa Harapan Untuk Masa Depan Cemerlang

KUALA LUMPUR, 18 Jun – UMNO Bahagian Kulai berikrar untuk sentiasa membawa aspirasi parti dengan mendukung agenda perjuangan parti keramat ini, kata Ketua Bahagian, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Permai berkata ia sebagai komited keluarga besar parti dalam membawa agenda tersebut.

“UMNO Kulai akan terus bergerak sebagai keluarga besar yang saling menyokong dan membawa harapan baharu untuk masa depan yang lebih cemerlang.

“Insya-Allah, UMNO Bahagian Kulai akan terus maju sebagai satu pasukan yang kuat, bersatu dan dekat dengan denyut nadi rakyat dibawah kepimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi,” katanya.

Mohd Jafni berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook berkongsi kehadirannya pada persiapan sempena Mesyuarat Perwakilan Bahagian.

Katanya perancangan rapi dilaksanakan sebaiknya sebagai meraikan Mesyuarat Bahagian sebagai simbolik penyatuan akar umbi parti.

“Alhamdulillah, walaupun jadual agak padat, saya dapat meluangkan masa bersama barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kulai. Terima kasih kepada semua AJK yang hadir berkongsi suara, cadangan dan pandangan amat saya hargai.

“Perbincangan bukan saja menyentuh persiapan Mesyuarat Perwakilan Bahagian, tetapi juga menyusun gerak kerja bersama, memperkukuh organisasi serta meraikan pejuang dan veteran parti yang banyak berjasa.

“Kita bukan sekadar menyusun acara, tetapi menyemai semangat perjuangan yang ikhlas demi agama, bangsa dan tanah air,” ujar beliau.

Pada 12 Mac lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian bermula pada 9 Jun hingga 27 Julai dan 20 Ogos hingga 23 Ogos bagi Perhimpunan Agung UMNO 2025. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79