Perasmian Dataran Waterfront Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 17 Jun — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menandatangani plak ketika merasmikan Dataran Waterfront Bagan Datuk hari ini.
Keberangkatan Baginda dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim disambut Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (kanan).

BAGAN DATUK, 17 Jun — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyaksikan demonstrasi maritim oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia di Sungai Perak sempena perasmian Dataran Waterfront Bagan Datuk hari ini.
Keberangkatan tiba baginda dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim disambut oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
Turut berangkat Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris dan Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa.

BAGAN DATUK, 17 Jun — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan bergambar berlatarbelakangkan kapal ‘The Ship Bagan Datuk’ sempena perasmian Dataran Waterfront Bagan Datuk hari ini. Turut berangkat Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris dan Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa. Turut sama Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

BAGAN DATUK, 17 Jun — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melawat reruai pameran RISDA sempena perasmian Dataran Waterfront Bagan Datuk hari ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri).

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79