Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan Dan Pemerkasaan Nelayan

PUTRAJAYA 16 Jun–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan dan Pemerkasaan Nelayan (JPT-PPN) yang menjadi titik tolak kepada transformasi sektor perikanan negara secara menyeluruh. Sektor ini melibatkan lebih 144,000 nelayan dan merupakan tunjang kepada keterjaminan makanan nasional.
Mesyuarat pertama bagi tahun 2025 ini turut disertai pelbagai kementerian dan agensi bagi membincangkan langkah strategik untuk meningkatkan pendapatan nelayan, memperkukuh sistem subsidi dan memastikan kelestarian sumber laut.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79