“Ini Jawapan Saya” – Dr Akmal

KETUA Penerangan Bersatu tanya mana pergi suara Ketua Pemuda UMNO dalam isu Yusoff Rawther.

Jadi ini jawapan saya.

Simpati tetap simpati… tetapi saya bukan penunggang macam kamu dan kawan-kawan kamu dan sejujurnya orang yang menyokong negara Israel ni saya tidak berminat untuk komen dan sokong, sebab beliau tidak layak mendapat perhatian saya bila ada orang menyokong Israel secara terbuka ni sebab lebih ramai lagi insan yang layak dapat perhatian dan pembelaan dari kami.

Mungkin yang dikatakan kezaliman kepada diri dia Allah nak tunjukkan kepada Yusoff Rawther bahawa apa yang dialami oleh dia hanyalah 1% sahaja kezaliman yang dirasai oleh saudara kita di bumi Palestin yang setiap hari selama puluhan tahun dizalimi oleh pihak Zionis laknatullah yang Yusoff Rawther sokong.

Moga peristiwa ini boleh membuatkan Yusoff Rawther insaf dan ubah persepsi menyokong negara Israel.

Mengenai isu abang belon jangan tanya kami, sebab abang belon dah pilih kamu dan kawan-kawan sebagai peguam dia dan kamu dah bawa dia keliling kampung siap ada sidang media… seharusnya tanya diri sendiri dan tanya kawan-kawan kamu apa cerita tentang abang belon ya… dah dia pilih kamu, jangan kamu tinggalkan dia pula separuh jalan sebab dah tak boleh nak tunggang dia…

Bak kata Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal sebelum tanya mana suara Ketua Pemuda (KP) UMNO, patut tanya mana suara KP kamu dulu!!

Dan saya nak tanya, sanggup ke sokong orang yang secara terang-terangan menyokong zionis yang membunuh saudara kita di Palestin tu??

Kalau tak sempat baca apa tulisan Yusoff Rawther tu tentang sokongan dia kepada negara Israel saya sertakan link tu di sini ya.

https://www.israelnationalnews.com/news/350037

Dr Akmal Saleh

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79