Lebih 30 Pindaan Dilaksanakan Sejak 2023, Agenda Reformasi Bukan Retorik – Azalina

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan usaha reformasi  bukan sekadar retorik semata-mata sebaliknya jelas terbukti agenda pelaksanaannya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata ini kerana kerajaan telah melaksanakan lebih 30 pindaan undang-undang selain berjaya mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, sejak 2023 hingga kini.

“Saya bersetuju dgn kenyataan Perdana Menteri dalam menyatakan bahawa usaha reformal bukanlah sesuatu yang patut dilakukan terburu-buru tetapi ia adalah satu proses yang tersusun dan memerlukan pengamatan yang menyeluruh.

“Oleh itu, perlu difahami oleh orang ramai dan juga penggubal undang-undang bahawa BHEUU JPM, bersama-sama agensi di bawah seliaan saya telah pun berjaya mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 dan telah melaksanakan sejumlah lebih daripada 30 pindaan undang-undang sejak 2023,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut beliau lagi reformasi sistemik tidak wajar dilaksanakan secara tergesa-gesa atau sekadar indah khabar dari rupa.

“Sebagai penggubal dasar, tugas kami ialah memastikan bahawa setiap ikhtiar reformasi itu bukan sahaja bercita-cita besar, namun lebih utama lagi, ianya hendaklah realistik dan boleh dilaksanakan untuk manfaat dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Janganlah seperti kiasan melayu ‘baru bertatih hendak berlari, tersembam!’.

“Suka atau tidak, kita perlu mengakui bahawa Kerajaan Madana telah meletakkan asas untuk reformasi pada kadar yang tidak dapat ditandingi oleh pentadbiran terdahulu. Buktinya jelas dengan segala penbaharuan dan reformasi undang-undang dan institusi yang boleh dinilai oleh masyarakat sendiri,” ujar beliau.

Azalina dalam pada itu memaklumkan BHEUU, JPM mewujudkan portal PetaRI untuk maklumat lanjut mengenai agenda reformasi dan pelaksanaannya.

PetaRI yang mempamerkan progres inisiatif reformasi dikemaskini secara berkala dan boleh dilayari di pautan berikut: https://petari.bheuu.gov.my/UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79