UMNO Rakam Takziah, Ketua Wanita UMNO Sungai Besar Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 10 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan serta ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Wanita UMNO Sungai Besar, Datuk Zubidah Maskor yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Ujar Ahmad Zahid menerusi hanataran di laman Facebooknya, pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat seluruh keluarga besar UMNO yang amat mengenali beliau sebagai seorang pemimpin wanita berprinsip serta insan berhati mulia, yang tidak pernah jemu menabur khidmat kepada parti dan masyarakat.
“Tulus ikhlas dari hati dan juga seluruh kepimpinan parti, saya merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah serta sahabat-sahabat seperjuangan di UMNO Bahagian Sungai Besar.
“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya, menerima setiap amal kebaikannya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman,” katanya lagi. – UMNO Online