Mesyuarat Pemandu Sambutan Hari TVET Negara 2025

PUTRAJAYA 10 Jun–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Pemandu Sambutan Hari TVET Negara 2025 bersama pelbagai Kementerian dan agensi bagi menyelaras serta meneliti persiapan akhir yang sedang giat dijalankan.
Dengan tema “TVET Pilihan Utama Kerjaya”, sambutan kali ini merupakan satu gelombang perubahan minda dengan lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan, ratusan pempamer, sesi kerjaya, pertandingan kemahiran serta pelbagai ruang interaktif dan inklusif buat anak muda, ibu bapa dan masyarakat umum.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79