Program Qurban Perdana UMNO Bahagian Pasir Gudang

PASIR GUDANG 7 Jun–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang semasa hadir menjayakan Program Qurban Perdana anjuran UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Program kali ini telah menghimpunkan semua Cawangan UMNO dalam Bahagian Pasir Gudang untuk menyambut Aidiladha dan melaksanakan ibadah korban bersama-sama, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.