Putera UMNO Malaysia Perkukuh Kepimpinan Baharu, Fokus Perkasa Anak Muda – Azman Azeez

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohamad Khairul Azman Abdul Azeez berkata Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah melantik barisan kepimpinan Putera UMNO Malaysia yang baharu dan beberapa exco serta pengurusan yang telah dipilih.

Beliau yang juga Ketua Putera UMNO Malaysia menjelaskan bahawa kini dalam proses perbincangan dengan ketua-ketua Pemuda UMNO Negeri-negeri untuk pelantikan pengerusi Putera UMNO negeri-negeri dan sudah semestinya akan perluaskan di peringkat bahagian-bahagian.

“Diperingkat pengurusan tertinggi terdapat sembilan orang iaitu enam orang di pengurusan, tiga di exco serta memperluaskan Ketua Putera negeri-negeri dan 191 bahagian-bahagian. Kita akan melahirkan lebih ramai pemimpin-pemimpin pelapis sebagai entiti dibawah Pemuda UMNO Malaysia.

“Insya Allah… Putera UMNO Malaysia akan membuat yang terbaik dan yang penting tujuan untuk menarik lebih ramai anak-anak muda menyertai UMNO. Tanggungjawab Putera UMNO khususnya mendekati golongan 18 hingga 25 tahun di bahagian masing-masing.

“Paling penting untuk memastikan UMNO menjadi sebuah parti yang inklusif dan melibatkan semua khususnya anak-anak muda untuk bersama dengan parti ini tidak mengira dimana pun mereka berada,” katanya kepada UMNO Online.

Tambah beliau, setakat ini sudah ada 108 bahagian yang sudah dilantik menjadi Ketua Putera dan lantikan itu dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO bahagian masing-masing.

Azman Azeez yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Baling percaya barisan kepimpinan ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Itu adalah amanah dan kepercayaan yang besar diberikan oleh kepimpinan UMNO Malaysia. Kita harus memainkan peranan ini dengan baik, pendekatan juga perlu mengikut peredaran zaman.

“Hari ini dengan generasi Z, alpha dan benta yang akan datang. Golongan ini yang akan memimpin dibawah 25 tahun. Mereka lebih kenal dan tahu apa cara pendekatan bersama dengan anak muda.

“Saya harap mereka benar-benar merealisasikan hasrat bersama dan memastikan anak-anak muda yang khususnya dibawah 25 tahun dapat memastikan mereka bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN),” ujarnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79