Pertemuan Dua Hala Bersama Timbalan Perdana Menteri Thailand

GENEVA, 5 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand, Tuan Yang Terutama Anutin Charnvirakul, sempena Eight Session of the Global Platform for Disaster Risk Reduction yang berlangsung di Geneva.
Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Zahid membangkitkan isu limpahan air luar biasa di Sungai Golok yang menjejaskan kawasan jajahan di Kelantan, terutamanya selepas siapnya projek tebatan banjir di sebelah Thailand.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79