Meraikan Pelajar Cemerlang SPM

MELAKA 5 Jun–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama-sama meraikan 375 pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan semua A dalam SPM 2024, serta 585 pelajar yang mencapai A+ dalam subjek Sejarah sempena Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang SPM & Bijak Sejarah A+ Tahun 2024 serta Pelancaran Program Bijak SPM Tahun 2025 Negeri Melaka di MITC, Ayer Keroh.
Pada tahun ini, melalui Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM), Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan sebanyak RM381,100 dibawah Inisiatif Bijak Sejarah dan Cemerlang SPM. Menerusi inisiatif ini, pelajar yang memperoleh straight A+ akan menerima insentif RM1,000; pelajar straight A menerima RM500; manakala pelajar yang meraih A+ dalam subjek Sejarah pula akan menerima RM200.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79