51 tahun BN, Sama-Sama Muhasabah, Kuatkan Parti – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Kejayaan Barisan Nasional (BN) yang melalui pelbagai peristiwa sejak penubuhannya 51 tahun yang lalu kini terpahat dapam tinta sejarah yang tidak boleh dipadamkan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata parti itu yang pernah dianggotai sehingga 14 buah parti mencipta pelbagai kejayaan sebagai sebuah parti yang kuat dipilih rakyat lantas mampu membangunkan Malaysia dalam pelbagai bidang.

“Semua ini terpahat dalam tinta sejarah negara yang tidak boleh dipadamkan. Namun keadaan sudah berbeza. Keputusan PRU14, mengubah segalanya.

“Kini keadaan serta situasi tidak sebagaimana dahulu. Cabarannya semakin luarbiasa. BN kini bukan lagi sebuah parti dominan. BN hanya sebahagian daripada kerajaan di Peringkat Persekutuan.

“Di peringkat negeri. BN menerajui Johor dan Melaka kerana mampu kuasai 2/3 mojariti. Kita berkongsi kuasa di Perak dan Pahang. Malangnya kita hilang kuasa di negeri lain. Inilah realitinya,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong seterusnya mengajak seluruh pimpinan serta mereka yang lain untuk sama-sama bergerak ke depan dan melakukan muhasabah sebaiknya.

“Maka diusia 51 tahun ini. Mari kita pimpinan BN disemua peringkat lakukan muhasabah diri. Sementara kebijaksanaan Pengerusi BN dan pimpinan mengatur strategi hingga membolehkan kita kekal dalam kerajaan terutama di Peringkat Persekutuan. Inilah ruangnya.

“Kita mesti ambil kesempatan ketika ini untuk membina kekuatan dan kembali menjadi parti dominan. Kita mesti letakkan kembali BN sebagai parti pilihan dan penting kepada rakyat.

“Inilah cabaran yang berada dihadapan kita dalam keadaan landskap politik yang sudah begitu berubah dan mesti BN lakukan.

“Namun harapannya biar apa keadaan sekalipun Barisan Nasional ( BN ) mesti kekal kukuh. Komponen parti BN: UMNO, MCA, MIC dan PBRS bersama Friends Of BN   mesti berpadu tenaga untuk kembali dominan.

“Ingatlah. Kita bukan sebagaimana dulu lagi tetapi tidak mustahil kita akan kembali dominan jika kita kembalikan sokongan rakyat kepada BN dan bersepakat lakukannya,” tambahnya.- UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79