Pertemuan Bersama Timbalan Perdana Menteri Australia

SINGAPURA 1 JUN — Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam lawatan kerja tiga di Singapura, telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Australia, TYT Richard Marles dan menzahirkan ucapan tahniah kepada beliau yang baharu sahaja memenangi kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum di Australia, sekaligus dilantik semula jawatan yang sama.