Penyerahan Program Kampung Angkat

BATU PAHAT 1 JUN — Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Kampung Parit Bilal, Batu Pahat, Johor. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan untuk memperkukuh nilai ihsan dan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar melalui penambahbaikan infrastruktur kampung terpilih.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79