Lawatan Kerja Ke Singapura

SINGAPURA 31 MEI — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memulakan lawatan kerja ke Singapura dengan menghadiri pertemuan antara Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN, Timor Leste dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth.
Sesi pertemuan pelbagai hala ini dimanfaatkan oleh setiap negara ASEAN untuk berkongsi pandangan mengenai cabaran keselamatan serantau, khususnya di wilayah Indo-Pasifik, serta usaha-usaha memperkukuh kerjasama pertahanan antara negara ASEAN dan Amerika Syarikat.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79