UMNO Belum Terima Surat Rasmi Perletakan Jawatan Tengku Zafrul – SUA

KUALA LUMPUR, 30 Mei — UMNO hari ini menegaskan bahawa parti itu masih belum menerima sebarang surat rasmi berhubung perletakan jawatan Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, meskipun beliau telah mengumumkan hasrat tersebut menerusi laman sosial peribadinya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, parti itu memandang serius tindakan Tengku Zafrul yang dikatakan mahu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya,” katanya.

Menurut beliau, tindakan seperti itu boleh menjejaskan keharmonian dalam gabungan Kerajaan Perpaduan dan membuka ruang kepada prejudis serta prasangka di kalangan ahli akar umbi.

“Langkah ini mampu menggugat tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri antara parti-parti komponen dalam kerajaan,” tambahnya lagi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79