Penyerahan Rumah Baik Pulih

 

TANGGA BATU 29 Mei– EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Datuk Rais Yasin semasa hadir pada Majlis Penyerahan Rumah Baik Pulih bertempat di DUN Sungai Udang. Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Melaka melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang memenuhi syarat kelayakan, khususnya mereka yang mendiami rumah terlalu usang dan tidak selamat diduduki. Bagi DUN Sungai Udang, dua projek rumah telah siap dibaik pulih dengan kos keseluruhan sebanyak RM39,800.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79