Mengadakan Pertemuan

KUALA LUMPUR 29 Mei–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan bersama Admiral Samuel J. Paparo, Commander of United States Indo-Pacific Command di Wisma Pertahanan, pagi tadi.
Beliau kini berada di Malaysia untuk lawatan dua hari dan turut dijadualkan untuk pertemuan dan kunjungan hormat ke atas YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Hubungan dan kerjasama pelbagai negara, termasuklah bersama Amerika Syarikat cukup penting bagi memastikan rantau Indo-Pasifik kekal aman, stabil dan selamat.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79