ADUN Senaling Sampaikan Bantuan Persekolahan, Sumbangan Warga Emas

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri Senaling, Datuk Ismail Lasim berbesar hati menyampaikan bantuan pendidikan dan sumbangan kepada warga emas.

Pemberian sumbangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan negeri itu bagi meringankan beban ibu bapa yang perlu menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka.

“Alhamdulillah telah hadir untuk menyempurnakan Program Penyampaian Bantuan Anak Sekolah (BAS) dan Penyampaian Aspirasi Warga Emas Peringkat DUN Senaling di Dewan Orang Ramai Senaling,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah dalam pada itu turut sama menyampaikan bantuan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi, sumbangan kepada pasangan baru berkahwin dan juga kepada sekolah bagi pelaksanaan aktiviti.

Sementara itu di antara sekolah yang menerima sumbangan khas Exco Pendidikan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Kurshiah dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar.

“Semoga dengan bantuan serta sumbangan yang diserahkan pagi ini akan menceriakan warga emas dan juga meringankan tanggungan ibu bapa dari keluarga yang memerlukan .

Turut bersama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Norazam Aziz dan Ketua-ketua Kampung DUN Senaling. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79