Sentuhan Mesra Eratkan Pemimpin UMNO Ranau Bersama Akar Umbi

RANAU, 28 Mei – Suasana harmoni dan semangat kekeluargaan jelas terpancar apabila Ketua UMNO Bahagian Ranau, Datuk Junaidi Sahat, dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian terbabit, Md. Nadzmin Kamin, meluangkan masa dalam program santai baru-baru ini.

Bersama dengan ahli-ahli UMNO Cawangan Kilimu dalam sebuah program santai di kawasan pelancongan semula jadi, Tagal Kampung Kilimu, suasana kekeluargaan dapat dirasai.

Ujar Junaidi, program mesra rakyat ini bukan sekadar mengeratkan hubungan antara pemimpin dan akar umbi, malah dimanfaatkan sepenuhnya sebagai platform untuk membincangkan isu-isu semasa serta memperkukuh naratif perjuangan UMNO/BN, khususnya di peringkat Bahagian Ranau.

“Pendekatan sebegini penting bagi kita memahami denyut nadi rakyat dan bersama-sama membina semula kekuatan UMNO dari akar umbi,” katanya.

Kehadiran Ketua Wanita UMNO Bahagian Ranau, Puan Rosnati, dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ranau, Ts. Suhendro, turut mencerminkan solidariti kepimpinan UMNO bahagian terbabit dalam menyantuni rakyat serta menyelami aspirasi mereka secara langsung.

“Program seperti ini mampu memupuk persefahaman dan menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan ahli UMNO, seterusnya menyuntik semangat baharu dalam meneruskan perjuangan politik yang berteraskan rakyat.”

Ujarnya lagi, Tagal Kampung Kilimu yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi menjadi lokasi pilihan yang ideal untuk mendekatkan pemimpin dan masyarakat dalam suasana santai tetapi bermakna. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79