Mengadakan Pertemuan Dengan Pengerusi Guangzhou Industrial Holdings Group China

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Guangzhou Industrial Holdings Group China, Guangjun Jing, sempena Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China 2025.
Perbincangan tertumpu kepada sektor strategik termasuk logistik, pembangunan halal, kecerdasan buatan (AI), automotif, dan tenaga hijau.
Ahmad Zahid turut mempengerusikan sesi libat urus antara delegasi kerajaan dan komuniti perniagaan dari Arab Saudi dan China yang memberi tumpuan kepada potensi peluasan pelaburan dua hala, dengan Malaysia berperanan sebagai hab pelaburan strategik bagi rantau ASEAN.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79