Makan Malam Rasmi sempena ASEAN-GCC-China Economic Forum

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa menghadiri Majlis Makan Malam Rasmi sempena ASEAN-GCC-China Economic Forum, sebuah sidang kemuncak bersejarah yang menghimpunkan pemimpin dan tokoh ekonomi dari tiga rantau utama dunia iaitu ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), dan China.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, kehadiran Malaysia mencerminkan peranan strategik negara dalam menerajui usaha membentuk kerjasama ekonomi rentas benua yang inklusif, berpandangan jauh dan mampan. Forum ini turut memperlihatkan keyakinan tinggi negara-negara luar terhadap kestabilan dasar serta kepimpinan Malaysia di pentas serantau.